Bahagian Pengurusan Latihan

Bahagian Pengurusan Latihan adalah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan membuat penambahbaikan dasar latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Misi

Memastikan dasar latihan dipatuhi dan modul latihan ApM selaras di seluruh negara.

Visi

Menjadikan dasar latihan dan modul latihan ApM adalah yang terbaik.

Objektif

  • Menghasilkan pegawai dan anggota yang berkemahiran dan cekap dalam melaksanakan tugas menyelamat.
  • Memastikan latihan yang dijalankan menepati kehendak dan keadaan semasa.
  • Memastikan latihan yang dijalankan mematuhi kurikulum yang telah ditetapkan.
  • Melahirkan pegawai dan anggota yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk melaksanakan tugas menyelamat.

Fungsi

  • Merangka dan menyusun silibus program latihan untuk pasukan sokongan, angkatan     dan pegawai tetap skim KP.
  • Menyelia dan mememantau perlaksanaan latihan.
  • Menetap dan menentukan dasar latihan.
  • Menyelidik dan membangunkan program latihan bersesuaian dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  • Menilai dan melapor pencapaian latihan yang telah dijalankan.
  • Memastikan latihan yang dijalankan mempunyai tahap keselamatan yang ditetapkan.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim
Pengarah
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

No Tel : 03-8920 6007
No Fax : 03-8920 6360
Email : fazlisyah@civildefence.gov.my

 23,386 total views,  15 views today