Sukarelawan Pertahanan Awam

Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-

  • Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
  • Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
  • Mempelajari ilmu Pertahanan Awam

Objektif

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-

  • Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
  • Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat.
  • Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.

Keanggotaan

Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam

  1. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  2. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
  3. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
  4. Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
  5. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Faedah Menyertai Anggota

  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku

Kemudahan-Kemudahan

  • Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
  • Mendapat elaun berkhidmat
  • Mendapat Uniform percuma
  • Menerima bounti (Saguhati) tahunan
  • Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia

Cara Memohon Sukarelawan

Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Cawangan Pentadbiran Angkatan (CPA)
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia

No Tel : 03-8920 6136/6139/6124/6122                                                                                                                                No Fax : 03-8920 6360                                                                                                                                                          Email : bpa@civildefence.gov.my

 344,035 total views,  53 views today